I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, December 29, 2009

Aktiviti 13-Tugasan 4 -Kerangka Konseptual:


Kerangka Konseptual:

Perbandingan Gelung Kajian Tindakan dengan Gelung Interaksi

Model tradisional yang selalu diaplikasikan dalam menjalankan kajian tindakan adalah

berdasarkan model “action research cycle” yang mempunyai asal usul daripada Kemmis

dan McTaggart (1988).Menurut Kemmis & McTaggart, model ini mempunyai 4

elemen, iaitu:

i. Mereflek (reflect)

ii. Merancang (plan)

iii. Bertindak (action) d

iv.Memerhati (observe)

Seperti yang ditunjukkan pada Rajah. Model ini adalah relevan

terutamanya dalam konteks pengendalian kajian tindakan amalan seperti yang dijalankan

dalam bilik darjah terhadap pengajaran dan pembelajaran.

Daripada Rajah, proses kajian tindakan bermula dengan guru menjalankan refleksi ke

atas satu-satu isu pengajaran dan pembelajaran yang hendak ditangani. Kemudian guru

itu menyediakan satu pelan yang sesuai untuk mengatasi masalah yang dihadapinya.

Seterusnya guru melaksanakan pelan yang dihasilkan dan dalam proses pelaksanaannya

guru terpaksalah memerhati kemajuan tindakan yang dijalankan itu.


Keseluruhan pelaksanaan itu disifatkan sebagai Gelungan Pertama (Cycle 1) dan jika masalah itu

tidak dapat diatasi, maka guru bolehlah memulakan proses semula ke Gelungan Kedua (Cycle2) sehinggalah

masalah itu diselesaikan. Pada Gelungan Kedua guru mesti mereflek dan

membuat adaptasi terhadap pelan tindakan beliau. Satu kritikan terhadap model ini ialah

ia sentiasa berlanjutan dan tiada mutakhirnya (finality). Oleh itu, seseorang guru yang

menjalankan kajian tindakan hendaklah pragmatik dan perlu memastikan bahawa pelan

tindakan beliau selaras dengan kurikulum yang hendak disampaikan.


Thursday, December 17, 2009

Aktiviti 10: Tugasan 1(Buku) Dapatan kajian

Bagaimana kajian tindakan dapat dicapai?

Langkah 1: Tentukan Fokus

Pada langkah pertama dalam proses menjalankan kajian tindakan dipanggil signifikan dari sudut masa dan tenaga yang menjadi tekanan pada guru kelas. Untuk mencari fokus sebenar dalam melaksanakan kajian tindakan, guru perlu mempunyai strategi yang pelbagai untuk mendapatkan fokus yang tepat dan bermakna:


Strategi 1: Jurnal yang reflektif.


Satu cara yang baik dalam menemukan fokus kajian adalah berdasarkan jurnal yang reflektif. Proses ini bermula dengan menghasilkan prompt yang akan menghasilkan fokus untuk refleksi hatian dalam jangka masa yang singkat. Sebagai contoh: kita mengambil masa selama 10 minit setiap hari selama dua minggu untuk memahami promp tersebut. Selepas menulis respon dalam 10 hari pada promt tersebut, berhenti dari menulis dan baca berulang kali apa yang kita tulis dan lihat apakah isu-isu yang berulang kali diungkapkan dalam jurnal tersebut.



Strategi 2: wawancara reflektif


Wawacara reflektif menumpukan kepada teknik yang paling sesuai sekiranya mempunyai rakan-rakan yang ingin melakukan kajian tindakan secara berkumpulan. Walau bagaimanapun, sekiranya guru ingin melakukan kajain secara individu jyga boleh menggunakan proses ini untuk mengembangkan fokus kajian secara individu. Wawancara ini dilakukan secara verbal yang menghasilkan maklumat berwawasan sama seperti jurnal. Walau bagaimanapun, melalui wawancara guru berbicara tentang kebimbangan dan keprihatinan mereka. Antara peraturan yang perlu untuk menjalankan wawancara adalah:


i- Kenal pasti lokasi
ii-Tentukan kumpulan yang akan mendengar persoalan kamu
iii-Pilih topik untuk diperkatakan semasa pertemuan tersebut:
- Keprihatinan guru terhadap pelajaran & pembelajaran.
- Melihat keprihatinan masyarakat tentang isu-isu peribadi.
- Meningkatkan prestasi dalam isu yang diperkatakan hdengan kawalan kita.
iv-Menjelaskan kepada kumpulan tersebut tentang tugas mereka iaitu adalah untuk mendengar dan menjawab persoalan.


Strategi 3: Analisis wacana


Proses ini sama juga seperti melakukan refleksi wawancara, proses ini sering digunakan oleh kumpulan-kumpulan yang digunakan untuk melakukan kajian secara kolaboratif. Tujuan melaksanakan analisis wacana adalah bertujuan untuk meneroka maklumat yang diberikan oleh individu yang diwawancara. Antara peraturan yang perlu diikuti adalah:
1- Pewawancara bertanyakan soalan berkaitan penyelidikan.
2- Pewawancara tidak dibenarkan member pendapat sendiri.
3- Tidak dibenarkan melakukan kritikan.




Langkah 2: Menjelaskan teori

Langkah seterusnya adalah melibatkan sesuatu yang eksplisit iaitu berkaitan perasaan seseorang, keyakinan dan wawasan terhadap masalah atau fokus yang dibincangkan. Ia membantu dalam proses meneroka aspek teori atau bias pada seseorang pengkaji atau ahli kumpulan pengakaji lakukan. Terdapat dua strategi yang dicadangkan iaitu melalui carta pie dan rekonstraksif grafik.




Bab 7: Pengumpulan Data: Menggunakan rekod guru dan Data Pemerhatian.

1) Rekod Guru

Pelbagai rekod-rekod guru yang boleh kita jadikan sebagai sumber data. Antaranya adalah:


i- Rancangan mengajar
Rancangan mengajar merupakan rancangan keseluruhan guru yang amat baik sebagai sumber kepada data kajain tindakan bagi sesetengah alas an. Pertamanya, ia mengandungi kompilasi maklumat dan kegiatan pelajar yang disusun secara kronologi mengikut urutan. Keduanya, dapat melihat rencana guru yang mengandungi aktiviti-aktiviti guru kepada pelajar semasa P&P. Ketiganya, melihat garis waktu yang digunakan sebagai gambaran yang tepat tentang apa yang telah dilakukan untuk member kefahaman kepada pelajar.

ii- Buku gred guru.
Kita boleh melakukan analisis dengan mudah iaitu dengan meletakkan data prestasi pelajar daripada buku gred guru. Ini merupakan percubaan yang baik kerana menerusi buku gred guru kita dapat melihat sama ada berlaku peningkatan atau tidak atau pada kedudukan yang stabil terhadap prestasi pelajar secara individu. Dalam pada masa yang sama, ia dapat menggambarkan apakah perubahan positif, negatif atau statik yang berlaku dalam kelas dan seterusnya pada sekolah. Informasi yang diperlihatkan dalam prestasi pelajar ini adalah sesuatu yang menarik tetapi ia bukanlah menunjukkan cara bagaimana untuk kita meningkatkan pengajaran, kecuali prestasi tersebut berkolerasi dengan perancangan kelas yang efektif dengan kepelbagaian strategi pengajaran.

2) Data Pemerhatian
Pemerhatian dalam kelas menyediakan maklumat dengan cepat dan sumber yang berguna. Terdapat pemerhatian yang boleh menjadi rekod data guru dan bahan-bahan yang menjadi sumber dalam pengumpulan data ialah:

i- Jurnal


Apa sahaja tentang tingkah laku pelajar itu adalah satu data yang berguna. Jika guru membiasakan diri dengan menulis jurnal, ia akan menghasilkan sesuatu maklumat dan data yang sangat penting dan berharga. Dengan menganalisis maklumat-maklumat yang terdapat dalam jurnal ia dapat membantu kita memahami mengapa sesuatu hal yang berlaku itu terjadi pada keadaan tertentu dan urutan tertentu.

ii- Nota daripada clipbord

Mengumpul maklumat-maklumat yang terdapat di papan-papan kenyataan dan disimpan serta dipaparkan di meja. Ramai dikalangan guru yang mengumpul kajian-kajian lepas atau maklumat-maklumat. Berdasarkan maklumat yang dikumpul, kita akan dapat menyaksikan sesuatu peristiwa itu relevan atau tidak dengan topik kajian.

iii- Senarai semak terbuka

Kita sebagai guru memerlukan data pemantauan yang terperinci yang kita sendiri tidak boleh mendapatkannya sendiri kerana pelbagai situasi boleh berlaku apabila kita sedang mengajar sama ada sedar atau tidak. Jalan terbaik untuk digunakan adalah dengan meminta kumpulan guru yang boleh member kerjasama untuk membuat pemantauan semasa kita mengajar. Data pemantauan kebiasaanya diletakkan atau dikongsi dalam bahagian senarai semak yang salah satunya adalah senarai semak terbuka. Segala pengumpulan data akan disusun secara teratur yang mengandungi kegiatan guru bersama pelajar semasa P&P.

iv- Senarai semak yang standard.

Apabila kita ingin tahu apa yang berlaku sebelum kita memulakan proses pemerhatian, kita boleh menggunakan senarai semak yang standart. Satu yang berbeza senarai semak standart dengan senarai semak terbuka adalah, senarai semak standart memerlukan kita meluangkan masa untuk mencari maklumat dengan melakukan pemerhatian dari sudut kriteria pelajar sebelum memulakan pengumpulan data yang menyeluruh. Data yang telah diperolehi daripada senarai semak standart boleh membantu kita asalkan kesemua kumpulan data diterima oleh orang lain dan bersetuju terhadap definisi dan criteria yang telah dikelaskan mengikut tindakan.

v- Tingkat skala

Membuat tingkat skala memerlukan proses yang memakan masa yang lama. Masa ini tetap diperlukan kerana ia merupakan alat penilaian yang member manfaat sebenar kepada pengkaji. Oleh yang demikian, tingkat skala perlu ditulis dalam bahasa yang jelas dan mudah difahami untuk membezakan setiap skor yang diperolehi serta sentiasa dalam keadaan terkawal.


Bab 8: Mencipta Instrument Untuk Menjawab Persoalan Kajian.

1) Pembayangan

Salah satu cara yang paling popular dan baik dalam mengumpul data dan membuat pemerhatian dalam tatacara pendidikan adalah melalui pembayangan. Kita boleh menggunakan pembayangan apabila kita mahu hendak melihat fenomena daripada perspektif orang lain. Caranya adalah dengan menggunakan pemikiran figurative iaitu membayangkan diri kita berada ditempat orang lain. Terdapat 2 proses pembayangan iaitu:

i- Pembayangan berdasarkan garis panduan untuk bilik darjah.
- Bilangan pelajar: guru harus berjaya membayangkan sehingga 3 orang pelajar mempunyai persamaan kontens diri terhadap bilik darjah.
- Tentukan pelajar: yang sesuai dan merangkumi kategori demografi yang terkandung dalam penyelidikan.
- Anonymity : Peraturan di mana kita tidak perlu meletakkan nama pelajar yang sedang kita perhatikan.
- Kerangka waktu : mengambil masa setengah hari
- Tarikh pembayangan : tidak boleh selama dua hari.
- Breifing bersama pelajar : harus mengakhiri pembayangan sekitar 1 jam setengah sebelum menamatkannya.
ii- Pembayangan berdasarkan garis panduan sekolah rendah.
- Bilangan pelajar: rancang dengan membayangkan seorang pelajar sahaja.
- Tentukan pelajar: lakar atau lukis kategori pelajar secara random untuk dijadikan sample.
- Anonymity: seharusnya kita tidak hanya memberitahu pelajar tersebut merupakan sekolah rendah, tetapi harus minta izinya terlebih dahulu.
- Kerangka waktu: merangka bayangan sepanjang waktu persekolahan.
- Tarikh pembayangan: tidak boleh selama dua hari.
- Breifing bersama pelajar: Dilakukan pada sekolah yang sama. Merangka jadual mengadakan perjumpaan yang melibatkan guru dan pelajar.

2) Nota dan Komen Guru

Aktiviti 10: Tugasan 1(Buku)

Mengapakah melakukan analisis data?

Secara keseluruhannya, analisis data dilakukan adalah untuk melihat sejauhmana kerelevanan data yang telah dikumpulkan dan membantu dalam melakukan kajian. berikut adalah 2 pertimbangan yang menjelaskan tentang mengapa analisis data perlu dilakukan.

  • Wartawan baru- Melakukan triangulasi data bersama-sama, analisis dan berkongsi dapatan dalam bentuk berita. Mereka terlebih dahulu perlu memahami cerita dan fenomena cerita dan membuat analisis dan rumusan sebagai berita. Dalam analisis terdapat banyak sebab yang mempengaruhi; anatanya adalah pemerhatian peribadi, pendapat rakan, pendapat umum yang baru dan perilaku masa lalu.
  • Ahli sejarah- Menyampaikan sesuatu yang mempunyai bukti dan benar sahaja. Apabila melihat data sejarah laporan yang terperinci dilakukan sebagai rekod.
Menerapkan pelajaran tentang analisis kajian tindakan

  • Melihat litrature kajian yang relevan
  • Apa yang disampaikan tepat dan memadai.
  • Kongsi dan amabil data yang belum dianalis untuk dianalisis (tetapi air naik sikit demi sedikit)
Data dianalisis dengan:
Mengekod dan mencirikan data kajian tindakan dengan menyusun mengikut kategori kepentingan langkah data kod, simbol dan surat sesuatu kategori dengan menumpukan dengan data yang telah disusun. Berikut adalah langkah yang cadangkan:
  1. Kumpul data dengan berkaitan soalan kajian.
  2. Skim data dengan pen dan note book - tumpukan kepada kesesuaian dan apa ada dalam pemikiran dengan mempertimbangkan setiap kategori yang telah disusun.
  3. Membuat dan menamakan kategori.
  4. Apabila data cukup- kod dan susun seperti yang telah dirancang.
  5. Keluarkan data yang kurang penting mengikut kemampuan dan dikitar semula.
  6. Baca data yang telah dikesan berkaitan dan berlanjutan item soalan kajian.
  7. Menaip semula data dengan susunan dan daftar kod
  8. Menyiapkan tentatif dengan data dan susunan yang telah dirancang.

Aktiviti 10: Tugasan 1(Buku)

Pengumpulan dan Mengukur Data

Dalam kajian tindakan pengumpulan data merupakan satu aspek penting bagi penambahbaikan dan menambah pengetahuan para guru. Berikut adalah kriteria penting dalam pengumpulan data yang menjadikan kajian berkualiti tinggi:

1. Kesahan -iaitu kebenaran penting tentang data, yang mana data benar-benar diukur dan mencerminkan fenomena yang tepat.

2. Kebolehpercayaan – Merujuk kepada tuntutan tentang sesuatu data mestilah adil dan mempertimbangkan sesuatu yang salah. Masalah akan timbul apabila penyelidik melebih-lebihkan data yang penting yang diambil daripada yang terlalu kecil dan terlalu dibatasi. yang meningkatkan kebolehpercayaan data kajian tindakan, anda perlu terus-menerus bertanya kepada diri sendiri ini tentang soalan apabila merancang mengumpul data.

3. Triangulation -melibatkan penggunaan pelbagai sumber data bebas untuk menentukan kebenaran dan ketepatan tuntutan kajian. Berikut adalah ilustrasi tentang rancangan triangulation mengumpul data.

Rancangan Sagor –

* Survey ibu bapa/ pelajar/ guru

* Pelajar lepasan sekolah tersebut

* Tingkat drop-out

* Kemasukkan universiti

* Target SAT

Berikut adalah penanda proses menulis proposal kajian tindakan yang berpandukan proposal yang formal yang merujuk kepada triangulated rancangan pengumpulan data yang mana menjawab kepada setiap soalan yang disediakan berdasarkan keperluan sumber data:

1. Sediakan 4 kolum untuk pengumpulan data dan bahagian row untuk soalan kajian.

2. Tulis soalan kajian di kolum 1 dalam matrik.

3. Setiap soalan dinyatakan apakah sumber data yang dapat membantu jawapan di kolum 2,3, dan 4.

4. Ulang langkah untuk soalan kajian berikutnya.

5. Apabila sudah berpuas hati dengan jawapan, kita akan dapat rancangan pengumpulan data yang lengkap.

Wednesday, December 16, 2009

Aktiviti 10: Tugasan 1(Buku)

Buku: Guiding school improvement with action research
oleh
Richard Sagor

Mengenal pasti Masalah Dalam Kajian Tindakan

Berdasarkan Buku terdapat 7 langkah yang diaplikasikan dalam kajian tindakan menurut Richard Sagor.

1.Mencari fokus - Apakah fokus dan tujuan kajian/ matlamat yang ingin dicapai mencapai target yang telah ditetapkan. Berikut adalah strategi yang digunakan:
  • Refleksi Jurnal- menjadikan contoh dalam melakukan kajian/ membantu memahami sesuatu yang berfokus kepada pelajar dan guru sebagai pengkaji.
  • Refleksi temubual - Berfokus kepada teknik yang digunakan hasil daripada kerja berkumpulan dengan bantuan pembantu pengkaji. Berikut adalah panduan yang digunakan dalam temubual:
1.Mencari lokasi yang sesuai untuk dijadikan tempat temubual tanpa ganggu selama 30 minit.
2.Mempastikan pembantu mendengar apa yang mahu diperkatakan dalam temubual.
3.Menentukan topik yang sesuai untuk dibicarakan berdasarka kriteria yang ditetapkan seperti:
  • Berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran.
  • Isu yang berkaitan dengan dunia pendidikan
  • Meningkatkan prestasi sesuatu isu yang diketahui oleh pengkaji.
4. Memberi penjelasan kepada pembantu mendengar, dengan memberikan soalan dan mendengar respon yang pengkaji berikan dalam masa 30 minit. Pendapat Yang guru dapat simpulkan dalam pengalaman yang dilalui.

  • Analisis Perbincangan- Merupakan kesinambungan daripada kerajasama sewaktu melakukan temubual(kajian secara kalobratif). Isu akan diutarakan dalam perbicangan. Dengan merujuk kepada kaedah temuduga yang dapat menangani masalah, tidak merujuk hanya kepada pendapat individu sahaja, dan komen yang kritikal yang dibenarkan.

2.Melaksanakan/ menjelaskan teori yang digunakan- dalam membantu pengkaji dalam proses Kajian tindakandengan meneroka teori yang sesuai digunakan dengan fokus kajian. Terdapat 2 strategi yang digunakan:
  • The Priority pie- Makanisme yang membantu guru denganmengenal pasti idea yang bagus, mengetuai sesuatu kajian yang dilakukan, dan , mewarnakan gambar yang bergambar.
  • Pembinaan Grafik- Proses yang dapat membantu mengurus dan meneroka perspektif teori kajian. Hasil yang diperolehi daripada langkah yang dibuat disampaikan dalam bentuk peta minda. Memberikan ilutrasi yang menyuruh hubungan dinamik di antara satu identiti pembolehubah.
3 .Mengenal pasti soalan kajian - Melibatkan reflek kepada satu fokus dan teori. Melibatkan merit dan pelaburan masa pelajar dan guru.



4.Pengumpulan data - Proses mendapatkan data dengan melibatkan proses triangulation matrix yang merujuk kepada data yang terkumpul yang mana jawapan diberi jujur oleh responden iaitu neutral. Terdapat pelbagai jenis data:
  • Data yang ada- rekod sekolah/guru, hasil kerja pelajar
  • Data pemerhatian- Gambar, video, Diari, jurnal, rubric, dan pemerhatian keatas pelajar dalan bilik darjah.
  • cara yang dilakukan(probe)- Ujian, Survey, temuduga, dan kumpulan sasaran
5. Menganalisis Data-Data perlu dibuat perbandingan untuk mencari persaman dan perbezaan, setelah itu kesimpulan dilakukan daripada dapatan kajian untuk melakukan keputusan. Usaha yang dilakukan perlu sistematik dan mengkategorikan, menyemak dengan betul dengan menjawab setiap persoalan yang mengcakupi berkenaan data.

6.Menyediakan report -
Medokumentasikan usaha penyelidikan yang dilakukan sebagai bukti dan maklumat yang sudah ada untuk melakukan penambahbaikan.


7.Perancangan kajian
-

Monday, December 7, 2009

Aktiviti 13-Tugasan 4

Teori-teori/ strategi, kaedah yang boleh diguna atau diadaptasi bagi setiap masalah dalam kajian yang dirangka adalah seperti berikut:


TEORI:

1)Teori elaborasi (C. Reigeluth)


Menurut teori elaborasi, pengajaran harus diatur dalam urutan semakin komplek untuk pembelajaran optimum. Sebagai contoh, ketika mengajar suatu tugas prosedural, topik yang senag dahulu diajar sebelum kepada topik yang lebih susah.

Gagasan utama teori elaborasi ialah membawa pelajar mengembangkan konteks yang bermakna kepada idea dan kemahiran selanjutnya boleh berasimilasi. Teori elaborasi mencadangkan tujuh komponen strategi utama:
(1) sebuah elaborative urutan,
(2) urutan prasyarat belajar,
(3) rangkuman,
(4) sintesis,
(5) analogi,
(6) strategi kognitif,
(7) kawalan belajar.

Komponen pertama adalah yang paling penting sejauh menyangkut teori elaborasi. Elaborative urutan yang ditakrifkan sebagai susunan sederhana untuk kompleks di mana pelajaran pertama melambangkan (bukan abstrak atau abstrak) idea dan kemahiran yang mengikutinya.

Epitomizing harus dilakukan atas dasar satu jenis kandungan (konsep, prosedur, prinsip), meskipun dua atau lebih jenis boleh dihuraikan secara simultan, dan harus melibatkan pembelajaran hanya beberapa wakil mendasar atau idea atau kemahiran pada peringkat aplikasi.

Hal ini menyatakan bahawa pendekatan elaborasi keputusan dalam pembentukan struktur kognitif lebih stabil dan kerananya retensi dan transfer yang lebih baik, meningkatkan motivasi belajar melalui penciptaan konteks pembelajaran yang bermakna, dan penyediaan maklumat tentang kandungan yang memungkinkan pembelajar maklumat berpandu.


2) kondisi learning (R. Gagne)


Teori ini menegaskan bahawa ada beberapa jenis atau tahap belajar. Pentingnya pengkelasan ini adalah bahawa setiap jenis memerlukan pelbagai jenis cara.

Gagne mengenal pasti lima kategori utama belajar:

-Maklumat verbal,
-Kemahiran intelektual,
-Strategi kognitif,
-Keterampilan motorik dan sikap.


Berbeza keadaan dalaman dan luaran yang diperlukan untuk tiap jenis belajar. Sebagai contoh, untuk strategi kognitif harus dipelajari, harus ada kesempatan untuk berlatih mengembangkan kaedah baru untuk masalah-masalah; untuk belajar sikap, pelajar harus didedahkan tentang peranan model dan hujahan.


Signifikansi utama daripada hieraki adalah untuk mengenalpasti prasyarat yang harus diselesaikan untuk memudahkan pembelajaran pada setiap peringkat. Prasyarat yang dikenalpasti dengan melakukan analisis tugas belajar / latihan tugas.
Selain itu, menghuraikan teori instruksional sembilan peristiwa dan proses-proses kognitif yang sesuai:

(1) mendapatkan perhatian (resepsi)
(2) memberi pelajar daripada tujuan (harapan)
(3) merangsang mengingati pembelajaran sebelumnya (turun)
(4) menyajikan rangsangan (persepsi selektif)
(5) memberikan bimbingan belajar (semantic encoding)
(6) memunculkan prestasi (respons)
7) memberikan peneguhan (penguatan)
(8) menilai prestasi (turun)
(9) meningkatkan retensi dan transfer (generalisasi).

Aplikasi: sementara kerangka teori gagne merangkumi semua aspek pembelajaran, tumpuan daripada teori ini adalah tentang kemampuan intelek. Teori telah diterapkan untuk desain pengajaran pada semua domain (gagner & driscoll, 1988).

3) Transformative learning (j. Mezirow)


Teori belajar transformational awalnya dikembangkan oleh Jack Mezirow digambarkan sebagai "konstruktivis, suatu orientasi yang menyatakan bahawa cara pelajar mentafsirkan dan mentafsirkan semula pengalaman rasa, pusat untuk membuat makna dan kerananya pembelajaran" (mezirow, 1991).

Teori mempunyai dua jenis asas pembelajaran:
-Instrumental
-Komunikatif pembelajaran.
-Belajar instrumental berfokus pada tugas belajar melalui penyelesaian masalah yang berorientasikan dan penentuan hubungan sebab dan akibat.
-Komunikatif belajar bagaimana individu berkomunikasi melibatkan perasaan mereka, keperluan dan keinginan struktur makna (perspektif dan skim) adalah komponen utama daripada teori.


4) Teori konstruktivisme


Menurut Borich & Tombari (1997), konstruktivisme adalah pendekatan pembelajaran
yang menyediakan peluang kepada murid untuk membina kefahaman terhadap perkara
yang dipelajari dengan mewujudkan jaringan atau hubungan (dalam minda) antara idea
dan fakta yang sedang dipelajari.

Oleh itu, konstruktivisme juga dikenali sebagai fahaman ”binaan”. Dari kenyataan-kenyataan tersebut, jelaslah bahawa mengikut teori
pembelajaran konstruktivisme, murid perlu memainkan peranan aktif dalam memahami
dan memberi makna kepada maklumat atau pengetahuan yang dipelajari.

Manusia bukanlah penerima maklumat yang pasif. Sebaliknya, murid menerima maklumat
dengan aktif, menghubungkannya dengan maklumat terdahulu yang telah
diasimilasinya, dan menjadikan maklumat itu miliknya dengan membina kefahaman atau membuat interpretasi ke atas maklumat (cheek, 1992, dalam Khadijah, Mahani &
ramlah, 2002).

Menurut Dewey (1966), pembelajaran bermakna (meaningful learning)
melibatkan ”belajar dengan membuat” (learning by doing), yang dapat membantu murid berfikir dan membentuk kefahaman tentang masalah yang cuba dihuraikan.

Pengajaran dan pembelajaran menggunakan teori konstruktivisme boleh
dilaksanakan berdasarkan prinsip-prinsip berikut (khadijah, mahani & ramlah, 2002).
• memberi peluang kepada pelajar mengemukakan pandangan tentang sesuatu
konsep.
• memberi peluang kepada pelajar berkongsi persepsi antara satu sama lain.
• menggalakkan pelajar menghormati pandangan alternatif rakan mereka.
• menghormati semua pandangan pelajar dan tidak memandang rendah terhadap
pandangan mereka.
• melaksanakan pengajaran berpusatkan pelajar.
• menyediakan aktiviti-aktiviti berbentuk ”hands on” dan ”minds on”.
• mementingkan kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir di kalangan pelajar.
• menggalakkan pelajar merenung kembali proses pembelajaran yang dilaluinya.
• meminta pelajar menghubungkait idea asal dengan idea yang baru dibina.
• menggalakkan pelajar mengemukakan hipotesis.

(Rujukan:http//tip.psycholo.gy.org/theories)


KAEDAH:


1.0 Kaedah Simulasi

Kaedah berlakon. Dalam kaedah ini, pengajar menetapkan peranan dan situasi untuk pelajar terlibat dalam aktiviti pembelajaran sebagai individu lain. Dengan cara ini, pelajar berpengalaman menjalankan peranan bukan sebagai pelajar sahaja, bahkan ia dapat mengalami sendiri peranan yang mereka boleh mainkan.keberkesanannya bergantung kepada kebolehan dan kefahaman peranan yang dimainkan itu.

2.0 Kaedah Cerita

Pengajar membentangkan bahan pembelajaran dalam bentuk cerita yang boleh meningkatkan minat dan motivasi pelajar.

3.0 kaedah perbincangan

Pengajar membimbing pelajar untuk menjalankan perbincangan sama ada dalam kumpulan besar atau pun kumpulan kecil selepas ditugaskan membuat rujukan atau kajian.

4.0 . Kaedah Modular

Bahan pembelajaran didedahkan mengikut pelbagai teknik dan cara. Sepanjang proses pengajaran kaedah ini, pelajar dikehendaki menjalankan pelbagai aktiviti seperti bercerita, permainan, membuat latihan , dan menyelesaikan masalah. Pada akhir pembelajaran pelajar mengambil ujian untuk menentukan tahap kefahaman dan penguasaan.

5.0. Kaedah soal jawab

Pengajar mengemukakan soalan untuk dijawab oleh pelajar di mana jawapan itu dibina sebagai isi pelajaran yang lengkap.

(Rujukan: Portal Pendidikan Utusan 2001-2009)