I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, October 27, 2009

Tugasan Kelas:


Guru perlu membuat kajian tindakan kerana;

Kajian tindakan adalah satu langkah yang dilaksanakan oleh guru bertujuan menambahbaikkan dan melakukan perubahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Berikut adalah 10 sebab mengapa seseorang guru itu perlu melakukan kajian tindakan:
1.Kajian tindakan dilakukan untuk menambahbaikan setiap proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah untuk meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran.
2. Kajian tindakan juga dapat menambahkan pengetahuan dengan mengkaji sesuatu pengetahuan yang baru dan mengembangkan pengetahuan yang sedia ada agar guru menjadi lebih kreatif.
3.
Kajian tindakan juga dapat meningkatkan kualiti pendidikan dengan memperkasakan penerapan JERIS dalam Falsafah Pendidikan Negara.
4. Kajian tindakan juga dapat mendedahkan para guru kepada persekitaran sebenar dan peka terhadap persekitaran pelajar.
5.
Kajian tindakan juga mencerminkan seseorang guru itu sebagai penyiasat dalam memperkembangkan sistem pendidikan negara.
6. Kajian tindakan dapat melahirkan guru yang lebih bersedia menghadapi globalisasi seiring dengan perkembangan negara.
7
. Kajian tindakan yang dilakukan juga dapat dijadikan rujukan dan panduan kepada guru-guru lain.
8. Kajian tindakan membina kemahiran penyelidikan kepada guru-guru agar dapat memperkembangkan lagi mutu pendidikan Negara.
9.
Kajian tindakan juga menjadikan guru lebih bersedia dalam proses pengajaran dan pembelajaran ekoran daripada hasil kajian yang dilakukan.
10. Kajian tindakan menjana kearah pendidikan sepanjang hayat, iaitu sebarang pengetahuan yang baru perlu dicungkil bagi menepati kerelevenan perkembangan semasa.

No comments:

Post a Comment