I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, November 1, 2009

TUGASAN 3 (Kolokium) - (Aktiviti 12)

Laporan Kolokium: Persepsi Pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Tiga, Bandar Baru Bangi Terhadap Permainan, Motivasi dan Keberkesanan Ulangkaji Melalui Pembelajaran kolaboratif (Permainan Dam Ular)

Yang Dibentangkan Oleh Jovinia Jowinis Dan Zaleha Mohd Jaafar


1.0 PERNYATAAN MASALAH

Pernyataan masalah adalah menjurus kepada persepsi pelajar terhadap permainan, motivasi pelajar, dan keberkesanan ulangkaji pelajar. Terdapat banyak langkah dan permainan yang dapat dilakukan untuk membantu pelajar dalam matapelajaran Sejarah dan Pendidikan Islam namun tiada bukti yang menunujukkan keberkesanan.

2.o Tujuan Kajian:
  • Menilai sejauhmana persepsi pelajar terhadap permainan, motivasi pelajar, dan keberkesanan ulangkaji pelajar
  • Mencari keberkesanan dan penambahbaikan terhadap P&P dalam bilik darjah.
  • Menambah langkah dan kaedah dalam P&P.

3.0 METODOLOGI, SETTING KAJIAN, DAN SAMPEL KAJIAN.


Kajian yang dilakukan merujuk kepada model kajian tindakan Kemmis dan Mctaggert (1988) yang mana merujuk kepada proses merancang, membuat tindakan, melakukan pemerhatian, refleksi, dan penilaian.

4.0 PENGUMPULAN DAN PENGANALISISAN DATA

Kajian menggunakan kaedah pemerhatian melalui rakaman video dan gambar bagi kesemua sampel yang mana menunjukkan bahawa wujud penambahbaikan yang dilakukan telah mengubah persepsi pelajar terhadap kaedah ini. Hal ini menunjukkan bahawa secara tidak langsung terdapat peningkatan terhadap persepsi permainan, motivasi dan keberkesanan kaedah ini di kalangan pelajar. Analisis data yang telah dikumpulkan melalui soal selidik soalan terbuka, adalah didapati bahawa pelajar lebih bersikap terbuka terhadap kaedah ini.

5.0 IMPLIKASI KAJIAN

Kajian tindakan yang dilakukan ini memberikan tindakbalas yang positif terhadap pelajar. Secara tidak langsung telah mengubah persepsi pelajar terhadap permainan, motivasi dan keberkesanan mengulangkaji subjek sejaran dan pedidikan Islam. Aktiviti yang dilakukan dapat menarik minat pelajar untuk mengulangkaji pelajaran.

6.0 MANFAAT DARIPADA KAJIAN

Pembentangan ini memberi pengetahuan yang berguna kepada saya, teruatam berkenaan kepelbagaian aktiviti yang dapat dilakukan dalam bilik darjah yang mampu memberikan sesuatu yang segar kepada pelajar. Daripada kajian yang dilakukan terdapat implikasi yang positif terutamanya penggunaan kaedah pembelajaran kolaboratif melalui permainan dam ular yang dapat meningkatkan keaktifan pelajar dalam melakukan aktiviti ulangkaji dalam subjek sejarah dan Pendidikan Islam. Berdasarkan kajian tindakan ini juga jelas dapat membantu dan mempelajari sesuatu tentang penggunaan permainan sewaktu aktiviti ulangkaji. Malah dalam hal ini juga menunjukkan seorang guru perlu lebih kreatif dalam proses pengajaran dalam bilik darjah. Akhir sekali, apa yang dapat dipelajar adalah persepsi dan motivasi pelajar amat penting dalam membantu guru untuk mengetahui sejauh mana keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.

No comments:

Post a Comment