Kajian tindakan adalah satu pendekatan untuk memperbaiki atau meningkatkan pendidikan melalui perubahan yang menggalakkan guru-guru menjadi lebih sedar, kritis dan bersedia untuk mengubah amalan-amalannya.
Kajian tindakan juga sebagai satu kajian terhadap persekitaran sekolah yang melibatkan warga sekolah itu sendiri sebagai penyelidik dengan niat untuk memperbaiki kualiti amalan masing-masing.
Kesimpulannya, Kajian Tindakan adalah “ belajar daripada apa yang dibuat. ” (learning by doing)

Mc. Niff (1988), …" Pendekatan untuk membaiki atau meningkatkan kualiti pendidikan melalui perubahan yang menggalakkan guru-guru menjadi lebih sedar tentang amalan mereka sendiri, menjadi kritis terhadap amalan-amalan tersebut dan bersedia untuk mengubah amalan-amalan. Melibatkan guru melaksanakan inkuirinya sendiri serta melibatkan guru-guru lain secara kolaboratif sewaktu mengadakan kajian”.
Elliot & Adelman (1976) yang mempelopori kajian tindakan bilik darjah di United Kingdom, menegaskan bahawa kajian tindakan adalah suatu pendekatan yang berusaha mempertingkatkan mutu profesional guru. Ia merupakan penyelidikan terhadap situasi sosial di sekolah yang bertujuan memperbaiki kualiti amalan guru.
No comments:
Post a Comment