I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, November 7, 2009

D

Model Cogenerative Menurut model ini, kajian tindakan adalah satu proses mengandungi sekurang-kurangnya dua fasa yang berbeza: Yang pertama melibatkan penjelasan satu soalan kajian awal Manakala yang kedua melibatkan permulaan dan kesinambungan satu perubahan sosial dan proses pembinaan makna.Model ini mengenalpasti dua kumpulan manusia yang utama iaitu “orang dalam” dan "orang-orang luar". Orang dalam merupakan fokus utama dalam setiap kajian tindakan, yang mana mereka ialah “empunya diri” yang bermasalah. Manakala “orang-orang luar” pula ialah para penyelidik yang professional, merekalah orang yang memudahkan proses menyelesaikan masalah.

Reka bentuk kajian tindakan berbeza daripada kajian konvensional kerana ia dijalankan di sekolah untuk kegunaan dan dilakukan oleh guru-guru yang bertujuan untuk mengkaji berkaitan dengan pelbagai aspek dalam pendidikan seperti pedagogi. Ini adalah untuk memastikan proses pengajaran & pembelajaran berjalan dengan lancar.- Rekabentuk kajian tindakan adalah berbeza berdasarkan sekolah.- Dalam laporan akhir kajian tindakan, rekabentuk kajian tindakan diletakkan di bahagian metadologi iaitu bahan atau kaedah kajian dijalankan- Rekabentuk kajian tindakan terbahagi kepada beberapa peringkat iaitu :

1) Tinjauan awal

2) Merancang

3) Perlaksanaan tindakan

4) Pemerhatian dan kesimpulan

5) Dapatan kajian

- Keistimewaan kajian tindakan yang membezakannya dengan kajian konvensional ialah penyelidik terlibat secara langsung dalam kajian sebagai salah satu subjek kajian.








No comments:

Post a Comment