Kenapa Guru pelatih, Novis dan berpengalaman perlu melakukan Kajian Tindakan? Ini kerana semua guru perlu melakukan sesuatu yang baru dan bermanfaat kepada pelajar terutama berkenaan:
Dalam era globalisasi dan K-ekonomi, sistem pendidikan Malaysia perlu relevan dengan perkembangan di dunia. Ianya perlu selari dengan aspirasi negara. Dalam konteks ini pendidikan boleh memainkan peranan yang amat penting dalam merealisasikan objektif negara ke arah mewujudkan sumber manusia yang boleh bersaing dalam arena globalisasi dan K-ekonomi dan prinsip 1 malaysia. Oleh yang demikian, untuk menjadikan sistem pendidikan Malaysia relevan, maka para pendidik dan pihak berkepentingan perlu bersama-sama berusaha untuk melonjatkan sekolah ke tahap kecemerlangan. Bagi membolehkan Malaysia bersaing di peringkat antarabangsa dan mewujudkan satu sistem pendidikan yang relevan, dinamik, dan proaktif, maka guru perlu memainkan peranan sebagai pendidik yang menghayati aspek profesionalisme. Salah satu usaha yang boleh menjadikan profesion perguruan disanjung tinggi adalah melalui kajian tindakan.

No comments:
Post a Comment