I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, November 2, 2009

TUGASAN 3 (Kolokium) - (Aktiviti 12)

Laporan Kolokium: Meningkatkan Minat Pelajar Tingkatan Empat Bagi Matapelajaran Pendidikan Islam (Tajuk : Zikrullah Pengubat Hati) Dengan Menggunakan Bahan Maujud Yang Dibentangkan Oleh Mohd Hafiz Bin Hassan Dan Mohd Hairol Hafifi Bin Hussin

1.0 PERNYATAAN MASALAH:
Pernyataan masalah yang dinyatakan oleh pengkaji adalah untuk mengenal pasti tahap keberkesanan penggunaan bahan maujud. Selain itu pengkaji ingin mengetahui kepentingan penggunaan bahan maujud, dan mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan bahan maujud dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru-guru dalam bilik darjah bagi subjek Pendidikan Islam.

2.0TUJUAN:
  • Menilai sejauhmana tahap keberkesanan penggunaan bahan maujud dalam P&P.
  • Meneroka satu kaedah yang bermanfaat dalam P&P.

3.0 METODOLOGI, SETTING KAJIAN DAN SAMPEL KAJIAN
Langkah yang digunakan adalah merujuk kepada perancangan yang dilakukan, seterusnya adalah tindakan yang dilakukan dalam memenuhi objektif perancangan, proses seterusnya adalah pemerhatian yang dilakukan terhadap sampel yang dipilih, dan akhir sekali refleksi terhadap kajian tindakan yang dilakukan.
Sampel kajian ini terdiri daripada 42 orang pelajar-pelajar Tingkatan 4 Teknik 2 sesi 2009 Sek. Men. Keb. Jalan Kebun Seksyen 32 Shah Alam. Penyelidikan ini dijalankan berdasarkan aplikasi penggunaan bahan maujud bagi tajuk Zikrullah pengubat hati.

4.0PENGUMPULAN DATA DAN PENGANALISISAN DATA
Tempoh kajian dilaksanakan ialah dua sesi p&p iaitu 70 minit. Pemerhatian dan penggunaan rakaman video dijalankan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran berjalan digunakan sebagai instrumen kajian.
Penilaian dan komen guru pembimbing yang turut serta dalam sesi pengajaran dan pembelajaran Kemahiran A: Permulaan, variasi dan penerangan.Kemahiran B: Penggunaan papan dan pengesanan. Kemahiran C: Menjelas dengan contoh dan peneguhan dan pengesanan. Kemahiran D: Penyoalan dan pengesanan.

5.0IMPLIKASI KAJIAN
Hasil dapatan kajian membuktikan bahawa terdapat implikasi positif terhadap pelajar apabila pelajar sangat teruja dan menunjukkan reaksi berminat untuk mengikuti proses p&p yang akan diajar oleh guru selanjutnya. Kelas menjadi lebih aktif kerana tertarik dengan bahan maujud yang ditunjukkan oleh guru. Guru menggunakan bahan bantu mengajar berbentuk multimedia dan konvensional .

5.0MANFAAT DARIPADA KAJIAN
Daripada kajian ini saya mendapat sesuatu yang baru terutama tentang bahan maujud yang dapat digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Ianya mampu menarik pelajar sekurang-kurangnya untuk duduk mendengar guru mengajar atau lebih baik terlibat sama dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam bilik darjah guru bukan hanya menggunakan sesuatu bahan bantu mengajar yang berbentuk slaid show tapi juga melibatkan bahan yang sedia ada di sekitar kita sebgai bahan bantu mengajar

No comments:

Post a Comment