I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, November 21, 2009

Aktiviti 6: Tugasan 4-KT mini

Kekuatan Pengajaran Subjek Bahasa Melayu Berdasarkan Pengalaman.

  • Memberikan pelajar satu pengalaman baru ketika proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Dengan adanya kaedah atau teknik pengajaran yang sesuai dapat membantu pelajar mendapatkan pengalaman baru dalam pengajaran dan pembelajaran.

  • Memudah dan membantu pelajar menguasai topik yang diajar oleh guru.Perngajaran yang menggunakan kaedah penceritaan dapat memudahkan pelajar untuk memahami topik yang dipelajari terutamanya apabila melibatkan topik yang memerlukan kefahaman pelajar .

  • Menggalakkan perubahan tingkahlaku pelajar ke arah yang lebih baik dalam bilik darjah.Manakala, teknik penceritaan dan permainan semasa proses P&P adalah sebagai satu langkah untuk memberi mood kepada pelajar agar fokus terhadap pengajaran yang berlangsung dan memberi respon terhadap apa yang berlangsung serta mempertingkatkan kepekaan.


Kumpulan:

- Menarik perhatian pelajar agar fokus terhadap pembelajaran dan seterusnya
memahami
topik yang dipelajari.
- Membantu pelajar menguasai subjek yang sedang dipelajari .
- Menjana kreativiti pelajar dengan menggalakkan pelajar berfikir tanpa rasa
bosan.
- Guru banyak memberi latih tubi kepada pelajar untuk meningkatkan
kefahaman dan
memberi pengukuhan terhadap pemahaman pelajar.
- Banyak aktiviti yang menarik yang dilakukan dalam proses pengajaran dan
pembelajar dan
guru akan memastikan setiap pelajar terlibat dalam aktiviti tersebut.
- Guru member peluang pelajar mempraktikan atau membuat projek bagi subjek
yang berkaitan agar pelajar dapat mengukuhkan ingatan pada pengajaran yang
disampaikan.
- Guru mengajak pelajar berimaginasi tentang sesuatu teori yang disampaikan.
- Guru berpengetahuan luas dalam bidang yang diceburinya dan berjaya
merungkai persoalan
pelajar.

Luar kumpulan:

Memudahkan guru mengawal kelas dan menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Dengan kaedah penceritaan dan permainan pelajar akan memberi kerjasama yang baik

No comments:

Post a Comment