I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, November 7, 2009

AKTIVITI 1: TUGASAN 1 BUKU


Buku: Guiding school improvement with action research


oleh


Richard Sagor


KAJIAN TINDAKAN



  • Kajian tindakan merupakan satu proses dan disiplin yang dikendalikan untuk mengambil tindakan penambahbaikan kepada setiap pernyataan masalah.

  • Penglibatan guru dalam kajian tindakan sebagai penyelidik dapat meningkatkan atau menapis setiap tindakan yang bakal dilakukan.

  • Membantu meningkatkan tindakan terhadap permasalahan yang telah dikenal pasti.

  • Kajian tindakan memberikan kesan positif dan relevan kepada peserta yang terlibat kerana fokus setiap kajian penyelidikan kepada pengkaji dan penemuan baru.

  • Selain itu, apa yang penting kajian tindakan dapat membantu golongan pengajar menjadi lebih efektif dan sentiasa mahu belajar sesuatu yang berguna dalam mengajar dan membangun diri pelajar.

Definisi Lain:


Kajian tindakan merupakan cabang daripada bidang umum yang digelar “penyelidikan pendidikan”. Penyelidikan pendidikan boleh dibahagikan kepada dua jenis utama, iaitu:


i. penyelidikan asas (basic research) dan


ii. penyelidikan gunaan (applied research).


Wiersma (2000), mentakrifkan penyelidikan pendidikan sebagai:


Educational research is systematic and within a broad framework follows the steps of the scientific method. However, across different types of studies there is extensive flexibility in how the steps are implemented.” h. 4


Berasaskan takrifan Wiersma (2000), penyelidikan seharusnya mengikut pendekatan saintifik dan ia merupakan punca asas bagi meningkatkan hasil pendidikan (educational outcomes).


Penyelidikan asas bertujuan untuk memperoleh data empirik yang boleh digunakan untuk menghasilkan atau mengembangkan teori. Oleh itu penyelidikan asas adalah “theory-based” dan menurut Tuckman (1999), ia berkaitan dengan peninjauan dua atau lebih pemboleh ubah.


Dalam perkataan lain, penyelidikan asas merangkumi proses mengenal pasti masalah, meninjau pemboleh ubah melalui tinjauan literatur, menghasilkan hipotesis jika perlu, mewujudkan reka bentuk penyelidikan bagi meninjau masalah, memungut dan analisis data, dan menghasilkan kesimpulan berdasarkan perhubungan pemboleh ubah


No comments:

Post a Comment