I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, November 21, 2009

Aktiviti 9:Tugasan 4-KT mini

Tajuk Mini Kajian:

Penceritaan dan Permainan dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran
Bahasa Melayu dan ICT

Matlamat Kajian: Meningkatkan Penguasaan dan memberikan pengukuhan kepada Pelajar dalam subjek Bahasa Melayu dan ICT

Objektif kajian:
i. Mengenalpasti pendapat pelajar mengenai mata pelajaran Bahasa Melayu dan ICT daripada aspek: a. Minat terhadap matapelajaran
b. Kepentingan mata pelajaran
c. Kaedah pengajaran & pembelajaran
d. Peranan alat bantu mengajar.

ii. Mengenalpasti pendapat guru Bahasa Melayu dan ICT mengenai Kaedah yang digunakan daripada aspek:
a. Kekreatifan guru menyediakan alat bantu mengajar
b. Peranan alat bantu mengajar yang digunakan
c. Masalah semasa mengendalikan bilik darjah dan alat bantu mengajar

iii. Mengkaji keberkesanan kaedah penceritaan dan permainan daripada
aspek-aspek yang berikut:
.
a. Motivasi untuk mempelajari subjek Bahasa Melayu dan ICT.
b. Minat terhadap subjek Bahasa Melayu dan ICT..
c. Bagaimana teknik penceritaan dan permainan dapat dibuat penambaikkan.
d. Mencungkil daya kreatif pelajar dalam P&P dalam bilik darjah.

e. Menilai sejauhmana kefahaman pelajar terhadap pembelajaran di dalam bilik darjah.

f. Menambahbaik satu kaedah yang bermanfaat sewaktu P&P dalam bilik darjah
.

Bentuk Soalan:
  1. Bagaimanakah kaedah penceritaan dan projek dapat digunakan dalam pembelajaran dalam pengkhususan Bahasa Melayu dan ICT dapat meningkatkan penguasaan pelajar.
  2. Sejauhmanakah keberkesanan kaedah penceritaan dan projek P&P dalam Bahasa Melayu dan ICT dapat membantu meningkatkan penguasaan pelajar dalam bilik darjah.

Aktiviti 8:Tugasan 4- KT mini

Cadangan Mengatasi Kelemahan Pengajaran Bahasa Melayu dan ICT :

Individu:
  • Guru menyediakan satu panduan dan objektif yang sesuai agar proses pembelajaran tidak terpesong dari topik yang hendak diajar.
  • Guru menjalankan P&P yang lebih menarik dan kreatif mamapu menarik minat pelajar.
  • Menggalakkan pelajar terlibat dalam P&P dengan lebih aktif dengan menyediakan ganjaran ataupun peneguhan.
  • Memperbanyakkan aktiviti/projek/permainan sewaktu P&P dalam bilik darjah.


Kumpulan:
Guru perlu bijak dan kreatif dalam mengatur strategi P&P dengan
kaedah yang pelbagai.
2) Guru perlu membuat penambah baikan terhadap P&P mereka
sekiranya didapati pelajar masih pada takuk yang sama, guru perlu
lebih mengenali pelajar udan kenal pasti di mana kelemahan mereka.
3) Mewujudkan imaginasi dalam minda pelajar agar pelajar tertarik
untuk belajar, kerana kkanak-kanak suka pada dunia imaginasi.


Kumpulan luar:
Guru memainkan peranan lebih kreatif untuk menarik minat pelajar

Literatur review:

1.Dewey (1966), pembelajaran bermakna (meaningful learning)
melibatkan ”belajar dengan membuat” (learning by doing), yang dapat membantu murid
berfikir dan membentuk kefahaman tentang masalah yang cuba dihuraikan.

2.Interaksi ini akan
membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran murid lebih efektif
(Jamalludin, 2003).

3.Teknik penceritaan digital menggunakan model Keller (1983) yang
berasaskan kepada ARCS. ARCS adalah singkatan untuk Attention (perhatian),
Releevance (Kesesuaian), Condidence (Keyakinan) dan Satisfaction (Kepuasan).

Aktiviti 7: Tugasan 4-KT mini

Kelemahan Pengajaran Subjek Berdasarkan Pengalaman:

  • Proses pengajaran dan pembelajaran tidak menarik jika tiada variasi dalam P&P dalam bilik darjah.
  • Pelajar tiada mood/ minat untuk belajar dan tingkah laku negatif ditampilkan.
  • Tidak semua kaedah pengajaran boleh didapati dengan mudah yang memenuhi ciri-ciri dan objektif pengajaran.
Literatur review:
1) Kaedah pengajaran yang berkonsepkan ‘chalk and talk’ di dapati kurang
berkesan pada kebanyakan situasi pengajaran dan pembelajaran di bilik kelas (Abdul
Jasheer & Merza, 2004).

2) Brown (1977) mendapati secara 76 puratanya hanya 50% maklumat yang diterima secara lisan dapat diserap di dalam
memori seseorang dan selepas dua bulan, mereka tidak akan mampu mengingat
semula walaupun separuh daripada maklumat tersebut.

Aktiviti 6: Tugasan 4-KT mini

Kekuatan Pengajaran Subjek Bahasa Melayu Berdasarkan Pengalaman.

  • Memberikan pelajar satu pengalaman baru ketika proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Dengan adanya kaedah atau teknik pengajaran yang sesuai dapat membantu pelajar mendapatkan pengalaman baru dalam pengajaran dan pembelajaran.

  • Memudah dan membantu pelajar menguasai topik yang diajar oleh guru.Perngajaran yang menggunakan kaedah penceritaan dapat memudahkan pelajar untuk memahami topik yang dipelajari terutamanya apabila melibatkan topik yang memerlukan kefahaman pelajar .

  • Menggalakkan perubahan tingkahlaku pelajar ke arah yang lebih baik dalam bilik darjah.Manakala, teknik penceritaan dan permainan semasa proses P&P adalah sebagai satu langkah untuk memberi mood kepada pelajar agar fokus terhadap pengajaran yang berlangsung dan memberi respon terhadap apa yang berlangsung serta mempertingkatkan kepekaan.


Kumpulan:

- Menarik perhatian pelajar agar fokus terhadap pembelajaran dan seterusnya
memahami
topik yang dipelajari.
- Membantu pelajar menguasai subjek yang sedang dipelajari .
- Menjana kreativiti pelajar dengan menggalakkan pelajar berfikir tanpa rasa
bosan.
- Guru banyak memberi latih tubi kepada pelajar untuk meningkatkan
kefahaman dan
memberi pengukuhan terhadap pemahaman pelajar.
- Banyak aktiviti yang menarik yang dilakukan dalam proses pengajaran dan
pembelajar dan
guru akan memastikan setiap pelajar terlibat dalam aktiviti tersebut.
- Guru member peluang pelajar mempraktikan atau membuat projek bagi subjek
yang berkaitan agar pelajar dapat mengukuhkan ingatan pada pengajaran yang
disampaikan.
- Guru mengajak pelajar berimaginasi tentang sesuatu teori yang disampaikan.
- Guru berpengetahuan luas dalam bidang yang diceburinya dan berjaya
merungkai persoalan
pelajar.

Luar kumpulan:

Memudahkan guru mengawal kelas dan menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Dengan kaedah penceritaan dan permainan pelajar akan memberi kerjasama yang baik

Wednesday, November 18, 2009

Aktiviti 4: Tugasan 4 Mini Kajian Tindakan

Tajuk Cadangan:

PENCERITAAN DAN PERMAINAN SEBAGAI KAEDAH DALAM PROSES P&P

  • Kajian ini menjurus kepada penambahbaikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan kaedah penceritaan dan projek dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

  • Kajian ini melibatkan pelajar-pelajar kelas Anggun di Integrasi Pendidikan Khas Sekolah Menengah Kebangsaan Kajang Utama.

Thursday, November 12, 2009

Aktiviti 5: Tugasan 1

Kenapa Guru pelatih, Novis dan berpengalaman perlu melakukan Kajian Tindakan? Ini kerana semua guru perlu melakukan sesuatu yang baru dan bermanfaat kepada pelajar terutama berkenaan:
Dalam era globalisasi dan K-ekonomi, sistem pendidikan Malaysia perlu relevan dengan perkembangan di dunia. Ianya perlu selari dengan aspirasi negara. Dalam konteks ini pendidikan boleh memainkan peranan yang amat penting dalam merealisasikan objektif negara ke arah mewujudkan sumber manusia yang boleh bersaing dalam arena globalisasi dan K-ekonomi dan prinsip 1 malaysia. Oleh yang demikian, untuk menjadikan sistem pendidikan Malaysia relevan, maka para pendidik dan pihak berkepentingan perlu bersama-sama berusaha untuk melonjatkan sekolah ke tahap kecemerlangan. Bagi membolehkan Malaysia bersaing di peringkat antarabangsa dan mewujudkan satu sistem pendidikan yang relevan, dinamik, dan proaktif, maka guru perlu memainkan peranan sebagai pendidik yang menghayati aspek profesionalisme. Salah satu usaha yang boleh menjadikan profesion perguruan disanjung tinggi adalah melalui kajian tindakan.

Saturday, November 7, 2009

AKTIVITI 2: TUGASAN 2: JURNAL

Jurnal 1:


Achievement Goals in the Classroom: Students' Learning Strategies
and Motivation Processes
Matlamat-matlamat Pencapaian dalam Bilik Darjah: Strategi Pembelajaran
dan
Proses Motivasi
Carole Ames and Jennifer Archer
University of Illinois at Urbana-Champaign
1.0 Abstrak

Jurnal tentang matlamat dan penguasaan yang hendak dicapai dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Seramai 176 responden yang dipilih seramai 4-6 orang secara rawak/ Responden diberikan soalan soal selidik. Di samping pelbagai kaedah yang diterapkan, iaitu oreantasi dalam bilik darjah, strategi pembelajaran berkesan, dan pelajar diberi penekanan dengan strategi pembelajaran berkesan, cabaran tugasan yang akan melahirkan pelajar berkeupayaan positif dan negatif. Hasilnya kajian ini dapat memudahkan proses memotivasikan pelajar adaptasi daripada penguasaan matlamat penting yang berlaku kepada pelajar.

Objektif

Kajian ini dilakukan bertujuan untuk menyiasat bagaimana khusus dan rancangan motivasi yang berkaitan dengan penguasaan dan prestasi yang ditampilkan dalam situasi kelas yang sebenar.

Kaedah

  1. Soal Selidik-Satu ratus tujuh puluh enam pelajar (91 laki-laki dan 85 anak perempuan) di Grades 8-11 dinggi menengah rendah dan menengah tinggi menduduki ujian dan mendapat skor ujian 80%.Kemudian seramai 4-6 pelajar akan dipilih secara rawak daripada masing-masing subjek English, math, science, and social studies yang ditawarkan di musim semester. Siswa menjawab semua soalan untuk satu kelas daripada
    yang mereka dipilih. Kelas ini dikenalpasti di bahagian atas setiap kuesioner pelajar (misalnya, Biologi 1A).
  2. Instrumen Objektif Oreantasi - Set ini direka untuk menilai pelajar , persepsi daripada penguasaan dan dimensi Instrumen
    Goal orientation. This set of items was designed to assess students' Objektif orientasi. Set item ini direka untuk menilai pelajar '
    perceptions of the mastery and performance dimensions of classroom persepsi daripada penguasaan dan dimensi prestasi kelas dengan struktur tujuan. Sebuah analisis faktor pada jumlah item sampel yang menghasilkan penyelesaian dua-faktor yang disahkan apabila pengkelasan item ke dalam Penguasaan dan Objektif mengikut kategori.


Jurnal 2:


IMPLEMENTING CONSTRUCTIVIST APPROACH INTO ONLINE COURSE
DESIGNS IN DISTANCE EDUCATION INSTITUTE AT
EASTERN MEDITERRANEAN UNIVERSITY
Zehra A. GAZİ
Educational Sciences Department, Eastern Mediterranean University

MELAKSANAKAN PENDEKATAN KONSTRUKTIVIS KEPADA KURSUS DALAM TALIANREKAAN-REKAAN dalam INSTITUT PENDIDIKAN JARAK PADAUNIVERSITI MEDITERRANEAN TIMUR

1.o Abstrak

Perubahan dan pembangunan dalam persekitaran kerja adalah penting untuk menjadikan amalan kerja lebih baik.Dan, dalam konteks ini, amalan kerja pelajar di bina berdasarkan pernyataan penyelidikan tindakan . Ini penyelidikan berasaskan kerja mempunyai satu peranan yang signifikan untuk menyumbang amalan inovatif Distance Education Institute pada Timur University Mediterranean oleh norma-norma EUA. Penyelidikan dilakukan bertujuan untuk menyiasat dan melaksanakan pendekatan konstraktivisme kepada kursus dalam talian reka bagi membangunkan pengajian dan kemahiran-kemahiran pelajar-pelajar dalam talian itu berdasarkan kerja berpasukan inspirasi dalam institut. Pendekatan penyelidikan tindakan diambil bekerja dalam penyelidikan kualitatif ini dengan tujuan memberi wawasan tentang bagaimana bagi menyiapkan dan kursus-kursus dalam talian reka bentuk berdasarkan pendekatan konstruktivis Latihan, mendalam temuduga-temuduga, analisis dokumentari, kumpulan tumpuan, buku harian penyelidikan dan wawancara-wawancara separa berstruktur adalah bekerja sebagai teknik-teknik pengumpulan data bagi mengumpul jumlah data yang banyak daripada tutor dalam talian, dan ahli-ahli menubuhkan yang berkaitan dengan usaha-usaha secara usaha sama mereka dalam proses. Tambahan pula, triangulated data telah dianalisis berdasarkan analisis kandungan dalam perjalanan induktif. faktor kejayaan kritikal untuk kualiti dalam amalan-amalan dalam talian..

Objektif:
Sebagai salah satu pelan penambahbaikanlah dari segi kualiti untuk perubahan dan pembangunan bagi mewujudkan kesedaran tentang pendekatan konstruktivisme. Selain itu dapat mewujudkan kesedaran dalam mencari jawapan atau keputusan. Tugasan ini merangkumi cara untuk kemahiran berfikir dan kerja berpasukan kursus bagi membangun kemahiran belajar dalam talian berasaskan konstruktivis.


Kaedah:
1.Penyelidikan kualitatif berdasarkan taakulan induktif:
Adalah sesuai untuk mengkaji secara mendalam dalam tempat kerja dengan penerokaan pengalaman dalam mengubah dan inovasi dalam kerjasama ahli terutama melibatkan persepsi tutor dan pelajar.
2. Teknik Pengumpulan data:
Simpanan harian buku penyelidikan.
Aktiviti teoritis/praktikal
Analisis dokumen
Wawancara separa berstruktur
Soal selidik
3. Analisis data:
Tidak diseragamkan-perlukan penggunaan mengkonsepsikan
Data dianalisis berdasarkan pengurangan dan tafsirsan.
Mengkategorikan data mengikut tema.
Penyegitigaan untuk melengkapkan kelemahan bagi teknik pengumpulan data, jumlah sangat besar, sah dan dipercayai.
Kerahsiaan para responden menjadikan penyelidikan boleh dipercayai.

Jurnal 3:


Assessing online collaboration among language teachers: A cross-institutional
case study
Nike Arnold
Portland State University

Menaksir kerjasama dalam pertalian antara guru bahasa: Satu silang kajian keinstitusian kes

1.0 Abstrak

Kertas ini menumpukan pada pembelajaran mendapatkan sokongan komputer dengan usaha bersama (CSCL) antara asing bahasa (FL) pelajar lepasan ijazah daripada tiga buah universiti, yang telah bekerja rapat bagi mewujudkan satu wiki. Dengan tujuan menyiasat sifat CSCL di kalangan para peserta, kajian kes kualitatif digunakan Curtis dan Lawson rangka kerja (2001) menjalankan analisis kandungan permuafakatan kelakuan pelajar. Transkrip dan tinjauan analisis menunjukkan yang kejayaan interaksi muafakat bergantung sebahagian besarnya kepada ahli-ahli kumpulan diri mereka. Tahap-tahap penyertaan menunjukkan bahawa bukan semua orang akan terbabit dengan projek wiki, yang akhirnya menjejaskan tahap kerjasama, dinamik kelompok itu, dan keluaran akhir. Tambahan pula, pemimpin dalam setiap kumpulan mempengaruhi darjah itu dilakukan kerjasama dalam dia kumpulan.

Objektif:

Kajian ini dilakukan bertujuan untuk menilai penggunaan kemudahan teknologi dalam proses pembelajaran yang disokong oleh pembelajaran kolaboratif dan juga mengenal pasti keadaan kumpulan dalam proses berinteraksi dalam proses mengembangkan produk kolaboratif.

Kaedah:

2.Konteks dan tugas

Kolaboratif melibatkan proses membuat projek wiki(website yang mudah diedit dan diubah oleh pengguna). Ini dapat membantu pelajar membina pengalaman antara satu sama lain untuk membentuk forum dimana mereka boleh berbincang dan menginternalisasi maklumat. Setiap kumpulan bertanggungjawab melaporkan hasil tugasan di dalam laman masing-masing dan tumpuan kepada pedagogis dengan topik pilihan, bahasa, teknologi, budaya, tatabahasa dan intonasi.

2.Soalan penyelidikan
Adalah menjurus kepada bagaimana penglibatan pelajar dalam kumpulan menjalankan tugasan, iaitu dengan mempersoalkan bagaimana kumpulan bekerjasama. Ini menunjukkan pendekatan kajian yang digunakan adalah penyiasatan.

3.Data
Merupakan hasil interaksi kumpulan yang berkomunikasi dalam perbincangan menyiapkan tugasan dengan menjawab soalan yang dikemukakan oleh pengkaji.

4.Pemilihan kes untuk dianalisis
Dalam rangka untuk mendapatkan hasil yang lebih mendalam dalam situasi dalam talian wiki dengan tujuan mendapat sample yang diperlukan bagi mengenal pasti kes untuk dianalisis.


AKTIVITI 1: TUGASAN 1 BUKU


Buku: Guiding school improvement with action research


oleh


Richard Sagor


KAJIAN TINDAKAN



  • Kajian tindakan merupakan satu proses dan disiplin yang dikendalikan untuk mengambil tindakan penambahbaikan kepada setiap pernyataan masalah.

  • Penglibatan guru dalam kajian tindakan sebagai penyelidik dapat meningkatkan atau menapis setiap tindakan yang bakal dilakukan.

  • Membantu meningkatkan tindakan terhadap permasalahan yang telah dikenal pasti.

  • Kajian tindakan memberikan kesan positif dan relevan kepada peserta yang terlibat kerana fokus setiap kajian penyelidikan kepada pengkaji dan penemuan baru.

  • Selain itu, apa yang penting kajian tindakan dapat membantu golongan pengajar menjadi lebih efektif dan sentiasa mahu belajar sesuatu yang berguna dalam mengajar dan membangun diri pelajar.

Definisi Lain:


Kajian tindakan merupakan cabang daripada bidang umum yang digelar “penyelidikan pendidikan”. Penyelidikan pendidikan boleh dibahagikan kepada dua jenis utama, iaitu:


i. penyelidikan asas (basic research) dan


ii. penyelidikan gunaan (applied research).


Wiersma (2000), mentakrifkan penyelidikan pendidikan sebagai:


Educational research is systematic and within a broad framework follows the steps of the scientific method. However, across different types of studies there is extensive flexibility in how the steps are implemented.” h. 4


Berasaskan takrifan Wiersma (2000), penyelidikan seharusnya mengikut pendekatan saintifik dan ia merupakan punca asas bagi meningkatkan hasil pendidikan (educational outcomes).


Penyelidikan asas bertujuan untuk memperoleh data empirik yang boleh digunakan untuk menghasilkan atau mengembangkan teori. Oleh itu penyelidikan asas adalah “theory-based” dan menurut Tuckman (1999), ia berkaitan dengan peninjauan dua atau lebih pemboleh ubah.


Dalam perkataan lain, penyelidikan asas merangkumi proses mengenal pasti masalah, meninjau pemboleh ubah melalui tinjauan literatur, menghasilkan hipotesis jika perlu, mewujudkan reka bentuk penyelidikan bagi meninjau masalah, memungut dan analisis data, dan menghasilkan kesimpulan berdasarkan perhubungan pemboleh ubah


TUGASAN KELAS: REKA BENTUK MODEL KAJIAN TINDAKAN

Reka Bentuk Kajian Tindakan
Kajian tindakan melibatkan proses refleksi, merancang, tindakan dan pemerhatian yang berlaku secara berulang sehingga mencapai tahap penambahbaikan yang diinginkan oleh penyelidik atau dikategorikan sebagai berjaya mencapai matlamat atau objektif kajian.
Berikut adalah beberapa contoh model kajian tindakan oleh beberapa orang penyelidik:

1) Kemmis (1983)


KT-Coghlan_&_Brannick_2001



MacIsaac_1995





A


Reka bentuk model kajian tindakan, meliputi 4 langkah terpenting yang wajib ada apabila sesuatu kajian itu dilakukan iaitu merefleksi, merancang, melaksana strategi dan memantau untuk membuat penilaian.Kitaran ini mungkin akan berterusan dan akan wujud selagi mana permasalahan yang dikaji masih tidak dapat diatasi ataupun belum mencapai keputusan yang dikehendaki.

B

Berikut adalah model Kajian Tindakan yang merangkumi empat langkah iaitu merancang, bertindak, memerhati dan mereflek. Langkah-langkah ini dilaksanakan secara berurutan dalam bentuk gelungan. Gelungan seperti ditunjukkan dalam rajah di bawah menggambarkan proses pelaksanaan tanpa penghujung.Dalam satu gelungan atau kitaran kajian, pengkaji cuba menangani satu masalah tertentu seperti meningkatkan penguasaan sesuatu kemahiranan dalam sesuatu mata pelajaran. Pelbagai aktiviti P&P boleh dilaksanakan bagi menangani masalah dalam P&P. Setelah sesuatu masalah dapat ditangani dalam bilik darjah, kitaran kajian seterusnya dimulakan dengan memberi tumpuan kepada masalah lain pula.

C


Reka bentuk kajian tindakan meliputi 4 langkah terpenting yang wajib ada apabila sesuatu kajian itu dilakukan iaitu:

1)Merefleksi

2) Merancang

3) melaksana strategi

4) memantau untuk membuat penilaian

Kitaran ini mungkin akan berterusan dan akan wujud selagi mana permasalahan yang dikaji masih tidak dapat diatasi ataupun belum mencapai keputusan yang dikehendaki. Kami telah melakukan beberapa aktiviti bagi memantapkan lagi pemahaman kami mengenai konsep kajian tindakan ini secara keseluruhan

D

Model Cogenerative Menurut model ini, kajian tindakan adalah satu proses mengandungi sekurang-kurangnya dua fasa yang berbeza: Yang pertama melibatkan penjelasan satu soalan kajian awal Manakala yang kedua melibatkan permulaan dan kesinambungan satu perubahan sosial dan proses pembinaan makna.Model ini mengenalpasti dua kumpulan manusia yang utama iaitu “orang dalam” dan "orang-orang luar". Orang dalam merupakan fokus utama dalam setiap kajian tindakan, yang mana mereka ialah “empunya diri” yang bermasalah. Manakala “orang-orang luar” pula ialah para penyelidik yang professional, merekalah orang yang memudahkan proses menyelesaikan masalah.

Reka bentuk kajian tindakan berbeza daripada kajian konvensional kerana ia dijalankan di sekolah untuk kegunaan dan dilakukan oleh guru-guru yang bertujuan untuk mengkaji berkaitan dengan pelbagai aspek dalam pendidikan seperti pedagogi. Ini adalah untuk memastikan proses pengajaran & pembelajaran berjalan dengan lancar.- Rekabentuk kajian tindakan adalah berbeza berdasarkan sekolah.- Dalam laporan akhir kajian tindakan, rekabentuk kajian tindakan diletakkan di bahagian metadologi iaitu bahan atau kaedah kajian dijalankan- Rekabentuk kajian tindakan terbahagi kepada beberapa peringkat iaitu :

1) Tinjauan awal

2) Merancang

3) Perlaksanaan tindakan

4) Pemerhatian dan kesimpulan

5) Dapatan kajian

- Keistimewaan kajian tindakan yang membezakannya dengan kajian konvensional ialah penyelidik terlibat secara langsung dalam kajian sebagai salah satu subjek kajian.








TUGASAN KELAS: KONSEP KAJIAN TINDAKAN

KONSEP KAJIAN TINDAKAN

Kajian tindakan adalah satu pendekatan untuk memperbaiki atau meningkatkan pendidikan melalui perubahan yang menggalakkan guru-guru menjadi lebih sedar, kritis dan bersedia untuk mengubah amalan-amalannya.

Kajian tindakan juga sebagai satu kajian terhadap persekitaran sekolah yang melibatkan warga sekolah itu sendiri sebagai penyelidik dengan niat untuk memperbaiki kualiti amalan masing-masing.
Kesimpulannya, Kajian Tindakan adalah “ belajar daripada apa yang dibuat. ” (learning by doing)

Mc. Niff (1988), …" Pendekatan untuk membaiki atau meningkatkan kualiti pendidikan melalui perubahan yang menggalakkan guru-guru menjadi lebih sedar tentang amalan mereka sendiri, menjadi kritis terhadap amalan-amalan tersebut dan bersedia untuk mengubah amalan-amalan. Melibatkan guru melaksanakan inkuirinya sendiri serta melibatkan guru-guru lain secara kolaboratif sewaktu mengadakan kajian”.

Elliot & Adelman (1976) yang mempelopori kajian tindakan bilik darjah di United Kingdom, menegaskan bahawa kajian tindakan adalah suatu pendekatan yang berusaha mempertingkatkan mutu profesional guru. Ia merupakan penyelidikan terhadap situasi sosial di sekolah yang bertujuan memperbaiki kualiti amalan guru.

Monday, November 2, 2009

TUGASAN 3 (Kolokium) - (Aktiviti 12)

Laporan Kolokium: Meningkatkan Minat Pelajar Tingkatan Empat Bagi Matapelajaran Pendidikan Islam (Tajuk : Zikrullah Pengubat Hati) Dengan Menggunakan Bahan Maujud Yang Dibentangkan Oleh Mohd Hafiz Bin Hassan Dan Mohd Hairol Hafifi Bin Hussin

1.0 PERNYATAAN MASALAH:
Pernyataan masalah yang dinyatakan oleh pengkaji adalah untuk mengenal pasti tahap keberkesanan penggunaan bahan maujud. Selain itu pengkaji ingin mengetahui kepentingan penggunaan bahan maujud, dan mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan bahan maujud dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru-guru dalam bilik darjah bagi subjek Pendidikan Islam.

2.0TUJUAN:
  • Menilai sejauhmana tahap keberkesanan penggunaan bahan maujud dalam P&P.
  • Meneroka satu kaedah yang bermanfaat dalam P&P.

3.0 METODOLOGI, SETTING KAJIAN DAN SAMPEL KAJIAN
Langkah yang digunakan adalah merujuk kepada perancangan yang dilakukan, seterusnya adalah tindakan yang dilakukan dalam memenuhi objektif perancangan, proses seterusnya adalah pemerhatian yang dilakukan terhadap sampel yang dipilih, dan akhir sekali refleksi terhadap kajian tindakan yang dilakukan.
Sampel kajian ini terdiri daripada 42 orang pelajar-pelajar Tingkatan 4 Teknik 2 sesi 2009 Sek. Men. Keb. Jalan Kebun Seksyen 32 Shah Alam. Penyelidikan ini dijalankan berdasarkan aplikasi penggunaan bahan maujud bagi tajuk Zikrullah pengubat hati.

4.0PENGUMPULAN DATA DAN PENGANALISISAN DATA
Tempoh kajian dilaksanakan ialah dua sesi p&p iaitu 70 minit. Pemerhatian dan penggunaan rakaman video dijalankan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran berjalan digunakan sebagai instrumen kajian.
Penilaian dan komen guru pembimbing yang turut serta dalam sesi pengajaran dan pembelajaran Kemahiran A: Permulaan, variasi dan penerangan.Kemahiran B: Penggunaan papan dan pengesanan. Kemahiran C: Menjelas dengan contoh dan peneguhan dan pengesanan. Kemahiran D: Penyoalan dan pengesanan.

5.0IMPLIKASI KAJIAN
Hasil dapatan kajian membuktikan bahawa terdapat implikasi positif terhadap pelajar apabila pelajar sangat teruja dan menunjukkan reaksi berminat untuk mengikuti proses p&p yang akan diajar oleh guru selanjutnya. Kelas menjadi lebih aktif kerana tertarik dengan bahan maujud yang ditunjukkan oleh guru. Guru menggunakan bahan bantu mengajar berbentuk multimedia dan konvensional .

5.0MANFAAT DARIPADA KAJIAN
Daripada kajian ini saya mendapat sesuatu yang baru terutama tentang bahan maujud yang dapat digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Ianya mampu menarik pelajar sekurang-kurangnya untuk duduk mendengar guru mengajar atau lebih baik terlibat sama dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam bilik darjah guru bukan hanya menggunakan sesuatu bahan bantu mengajar yang berbentuk slaid show tapi juga melibatkan bahan yang sedia ada di sekitar kita sebgai bahan bantu mengajar

Sunday, November 1, 2009

TUGASAN 3 (Kolokium) - (Aktiviti 12)

Laporan Kolokium: Persepsi Pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Tiga, Bandar Baru Bangi Terhadap Permainan, Motivasi dan Keberkesanan Ulangkaji Melalui Pembelajaran kolaboratif (Permainan Dam Ular)

Yang Dibentangkan Oleh Jovinia Jowinis Dan Zaleha Mohd Jaafar


1.0 PERNYATAAN MASALAH

Pernyataan masalah adalah menjurus kepada persepsi pelajar terhadap permainan, motivasi pelajar, dan keberkesanan ulangkaji pelajar. Terdapat banyak langkah dan permainan yang dapat dilakukan untuk membantu pelajar dalam matapelajaran Sejarah dan Pendidikan Islam namun tiada bukti yang menunujukkan keberkesanan.

2.o Tujuan Kajian:
  • Menilai sejauhmana persepsi pelajar terhadap permainan, motivasi pelajar, dan keberkesanan ulangkaji pelajar
  • Mencari keberkesanan dan penambahbaikan terhadap P&P dalam bilik darjah.
  • Menambah langkah dan kaedah dalam P&P.

3.0 METODOLOGI, SETTING KAJIAN, DAN SAMPEL KAJIAN.


Kajian yang dilakukan merujuk kepada model kajian tindakan Kemmis dan Mctaggert (1988) yang mana merujuk kepada proses merancang, membuat tindakan, melakukan pemerhatian, refleksi, dan penilaian.

4.0 PENGUMPULAN DAN PENGANALISISAN DATA

Kajian menggunakan kaedah pemerhatian melalui rakaman video dan gambar bagi kesemua sampel yang mana menunjukkan bahawa wujud penambahbaikan yang dilakukan telah mengubah persepsi pelajar terhadap kaedah ini. Hal ini menunjukkan bahawa secara tidak langsung terdapat peningkatan terhadap persepsi permainan, motivasi dan keberkesanan kaedah ini di kalangan pelajar. Analisis data yang telah dikumpulkan melalui soal selidik soalan terbuka, adalah didapati bahawa pelajar lebih bersikap terbuka terhadap kaedah ini.

5.0 IMPLIKASI KAJIAN

Kajian tindakan yang dilakukan ini memberikan tindakbalas yang positif terhadap pelajar. Secara tidak langsung telah mengubah persepsi pelajar terhadap permainan, motivasi dan keberkesanan mengulangkaji subjek sejaran dan pedidikan Islam. Aktiviti yang dilakukan dapat menarik minat pelajar untuk mengulangkaji pelajaran.

6.0 MANFAAT DARIPADA KAJIAN

Pembentangan ini memberi pengetahuan yang berguna kepada saya, teruatam berkenaan kepelbagaian aktiviti yang dapat dilakukan dalam bilik darjah yang mampu memberikan sesuatu yang segar kepada pelajar. Daripada kajian yang dilakukan terdapat implikasi yang positif terutamanya penggunaan kaedah pembelajaran kolaboratif melalui permainan dam ular yang dapat meningkatkan keaktifan pelajar dalam melakukan aktiviti ulangkaji dalam subjek sejarah dan Pendidikan Islam. Berdasarkan kajian tindakan ini juga jelas dapat membantu dan mempelajari sesuatu tentang penggunaan permainan sewaktu aktiviti ulangkaji. Malah dalam hal ini juga menunjukkan seorang guru perlu lebih kreatif dalam proses pengajaran dalam bilik darjah. Akhir sekali, apa yang dapat dipelajar adalah persepsi dan motivasi pelajar amat penting dalam membantu guru untuk mengetahui sejauh mana keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.